Monday, April 30, 2012

Hubungan halal haram sebelum kahwin?

Dalam ramai yang mengeluarkan isu haramnya bercouple sebelum kahwin, ada juga pendapat-pendapat yang mengetengahkan soal bukan semua couple sebelum kahwin itu adalah haram.

Mengambil kata-kata seorang blogger dan penulis buku terkenal masakini, Saudara Hilal Asyraf 'cinta hendaklah yang membawa ke syurga, apa-apa yang melempar ke neraka bukanlah cinta namanya' sebagai salah satu pendapat tentang bukan semua hubungan sebelum kahwin itu haram.

Pada saya, bukan title itu yang penting, tapi isi penting dia. Tetapi kebanyakan dari kita suka judge sesuatu berdasarkan title, baik buruk sebuah cerita, seronok atau sedih berdasarkan title itu.

Apa yang perlu dikisahkan tentang siapa dia, latar belakang dia, ataupun jika masuk ke konsep sebuah buku, siapa penulisnya. Tetapi yang lebih penting ilmu yang dikongsikan, pengajaran yang kita boleh ambil.
Walaubagaimanapun, saya masih menghormati permikiran dan pendapat yang pelbagai daripada setiap orang.

Beralih ke isi sebenar post ini, saya ingin berkongsi sebuah nasihat yang ditujukan oleh seorang kawan saya yang amat saya hormati.

Dia adalah seorang kawan yang daripada zero kepada something. Bagaimana kini dia naik menjadi seorang manusia berguna daripada seorang manusia yang teruk pada satu masa dahulu. *katanyalah, saya tak tahulah teruknya tahap macam mana*.

Dia kini juga dalam sebuah perhubungan cuma bukan hubungan biasa.haha.

''I dont know what to share, saya pun macam syabab2 diluar sana malah lebih teruk. Setakat couple, apalah sangat dosanya, saya dah capai tahap tertinggi pun dalam mengecapi nikmat maksiat semua tu. Tetapi Allah berikan hidayah selepas tu. saya pun dah taknak bagi hati ni dekat sesiapa pun, saya just nk bagi dekat Dia dan dalam perjalanan nak berjumpa si Dia, saya terjumpa sidia. Orang kata, carpool-ing tu bagus, dapat selamatkan alam sekitar, jimat minyak. So, saya pun ajak dia tumpang sekali dalam perjalanan saya tu. cumanya si dia selalu nasihat yang cinta ini patut bawa ke syurga bukan ke neraka. Jadi hadam perkara tu betul-betul, InsyaAllah tak lari dari tujuan asal. Yang penting, biar hati kamu dan pasangan berjumpa di perhentian yang dinamakan Hati Allah bukan hati kamu berjumpa di pertengahan. Akhirnya, jangan dok mencari mana la jodoh tu, nanti dia datang sendiri''.

Saya ambil nasihat ini buat saya dan sampaikan buat sahabat2 yang inginkan pada perhubungn halal sebelum kahwin.

Seeloknya kahwin terus lah kan? , tetapi nasihat ini khas buat mereka yang masih belum bersedia kearah perkahwinan, mencari seorang partner yang boleh membawa ke arah yang lebih dekat dengan Allah sekaligus mempersiapkan diri menghadapi keluarga sendiri nanti.

Taubat; selagi belum terbit matahari dari barat, selagi itu masih sempat.

Friday, March 23, 2012

hai wanita-wanitaku.

" wah bagusnya ubat ni, dia decrease kan semua benda, boleh jadi ubat kurus ni"
" ade jugak la side effect dia. diarrhea. tak lalu lah nak masuk tandas je keje"
"sebab tu la boleh jadi kurus tu".

Perbualan dengan housemates setelah selesai belajar blood in pharmacology. Seronok nya belajar ubat-ubat ni bila kita dapat tahu macam mana nak treat sesuatu penyakit tu, macam mana dia bertindak dalam badan. TAPI, still ade side effect dia. Terfikir, dah namanya ubat, kenapa perlu wujud nya kesan-kesan buruk dia?. Contoh nya, heparin. Ubat untuk jalan darah, guna dalam penyakit thromboembolic disease tapi kalau ambik lebih boleh buat thrombocytopenia ( kurang platelets dalam darah). Jadinya, kita akan bagi lepirudin yang akan treat heparin induced thrombocytopenia ni.

nampak kebaikan dan keburukan ? nampak ketidaksempurnaan yang ada walau macam mana baik sekalipun fungsi dia ? nampak fungsi benda lain untuk melengkapkan ketidakesempurnaan tu ?

Sebab itulah indahnya Islam itu kerana dia mengajar tatacara hidup bersederhana. Apa kaitan? 

Banyak artikel dan ayat-ayat belakangan ini yang saya baca tentang tugas seorang lelaki sebagai pemimpin keluarga. Ayat senangnya, jadi suami la. Kena beriman, kena belajar jadi imam, kena belajar tentang perempuan nanti senang nak tolong isteri. Fikir balik, sampai bila aku nak kahwin kalau nak tunggu lelaki yang ala-ala sempurna ni? tak saya nafikan, memang ada lelaki yang sebegini. baguslah. tapi dok kita ajar lelaki macam mana nak jadi baik. bagaimana dengan wanita? 

"Apakah kamu menyuruh orang lain supaya berbuat baik,sedangkan kamu lupa

 akan diri kamu(untuk berbuat demikian).(Al-Baqarah:44)"

Sebagai bakal makmum, perlunya seorang wanita itu juga belajar. Sebagaimana kita nak imam yang terbaik, kita belajar untuk menjadi makmum terbaik. Bukan sekadar menunggu lelaki beriman masuk meminang. Ada kala nya lelaki juga mencari bakal isteri yang boleh membantu dia disepanjang alam perkahwinan. Habis tu? sapa nak kahwin dengan kita kalau kita pun tunggang terbalik.

Imam mengetuai jemaah, makmum membantu imam. itu pusingannya. Lelaki belajar sikit, perempuan belajar sikit. sederhana. Lelaki kumpul duit, perempuan pun kumpul duit. Kalau dok kumpul sorang, sampai bila nak banyak? Pilih jalan yang mudah dan tak menyusahkan kita. Sederhana. Makan sorang2, banyak pulak tu, buat penyakit ja. Kalau tak makan, penyakit juga. nampak?

Kerana manusia itu ada buruk baiknya. ada tidak sempurnanya. dan ada yang akan saling menyempurnakan. Sebab itu lah, jodoh itu ditentukan Allah, kerana Allah lebih tahu siapa yang akan menyempurnakan siapa. Memang tiada yang akan sempurna, tapi apabila diciptakan pasangan yang saling menyempurnakan, ia akan nampak seolah-olah sempurna dan bahagia. Indahkan? Indahkan Islam?

Amalkan sifat bersederhana. Bukan mencari yang over-baik, over-kaya, over-jawatan tapi yang sebaiknya kita bersedia terima kekurangan dia. Bak kata kawan saya, " kalau aku dah dapat yang sempurna, apa yang tinggal untuk aku belajar?". 

Maaf. Ini bukan entry untuk menyuruh anda berkahwin. Tapi keperluan kita untuk sama-sama belajar dan sentiasa bersederhana untuk diri sendiri dan juga orang lain. Sederhana dalam menilai diri kita dan orang lain. Sederhana dalam melakukan apa yang terbaik untuk diri, jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Kita juga punya keburukannya.

Ada satu soalan yang diutarakan oleh follower Ustaz Mohd Izhar dekat Twitter. "ustaz, saya ni nak final exam, nak stay up, tapi saya teringin jugak nak buat tahajud. macam mana tu ustaz?". Ustaz menjawab, " sederhana adalah yang terbaik. Tahajud sekadar yang mampu lepas tu baca buku". Apabila kita punya masa untuk Allah, Allah akan melapangkan semua kerja-kerja kita.

Sederhana ; kerana engkau, hidup kini terurus.


Wednesday, January 18, 2012

Jatuh. Lihat pada gaung atau tali?

Assalamualaikum.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad-

Jujur saya katakan, saya bukan orang baru dalam belajar mengenai ilmu Islam. 11 tahun menjadi pelajar sekolah agama, setahun sebagai pelajar di tadika Islam. Tapi, hasilnya saya rasa sendiri kini. hasil yang tak seberapa, hasil yang tak setaraf dengan pelajar 11 tahun didikan agama di sekolahnya. Kenapa? Betapa perasaan cukup dengan bersekolah agama yang saya rasakan dulu, tak membawa kepada siapa saya patut jadi sekarang. Perasaan yang akhirnya, membuat saya tertunduk menangis. Menangis kerana saya ego pada Tuhan.

Masuk pada realiti dunia sebenar, melihat rakan-rakan saya yang sama umur seperjuangan mereka dengan saya, melihat bagaimana mereka bernafas sekarang, laluan sosial mereka, cara pandang dan fikir mereka. Semuanya berkisarkan At-Tauhid. Sedangkan saya?

Saya mencari kekuatan, saya bangun berdiri, yakin pada Allah yang Dia akan sentiasa membantu saya mencari balik lorong yang saya telah tutup mata untuk masuk ke dalam nya. Sedangkan lorong yang saya tinggalkan itulah lorong cahaya. Saya paksa diri untuk bangkit, saya lawan nafsu saya, kerana saya terlihat akan ayat ini,

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:53

Saya pernah merasa sebuah kemenangan dahulu, tapi akhirnya semua itu membawa saya kepada kegagalan. Gagal menjadi seorang pemenang. Tewas dengan akal dan pemikiran ego sendiri. Saya jatuh menjunam, dan jika tidak kerana Allah tarik saya semula ke atas, mungkin saya makin jauh jatuh ke dalam gaung syaitan. Cuma kadangkala, apabila Allah tarik saya semula ke atas, pegangan saya goyah, saya letih. saya penat menggenggam seurat tali yang kukuh. Saya hampir jatuh. Semula.

Saya hampir jatuh. Semula.
Saya hampir jatuh. Semula.
Saya hampir putus. Asa

Dalam keadaan saya yang hampir jatuh semula, air mata saya jatuh sekali. Saya kesal kerana saya tak kuat. Saya jerit dalam hati, "Ya Allah, tarik aku kuat lagi, Ya Allah, jangan biar aku, Ya Allah, aku tak mahu jatuh lagi, Ya Allah, aku takut".

Kekuatan itu datang semula. Merasakan kasih sayang Allah yang jatuh makin banyak atas diri. Kasih sayang dari segi nikmatnya, ujiannya, akal fikiran dan ilham dan juga kehadiran orang sekeliling yang membantu. Saya tidak hiraukan perasaan-perasaan negatif yang datang. Saya tekad pada diri, takmau kalah pada syaitan, biarpun saya terpaksa bersusah pada mulanya. Kini, saya sedang naik lagi, sedang berpaut lagi. Walau hanya naik beberapa centimetre, saya takkan benarkan diri saya jatuh lagi. Takkan sesekali-kali benarkan perasaan putus asa datang lagi. Saya sudah malu pada Dia yang sering menyelamatkan saya.

Saya mahu bina diri saya dengan kekuatan Islam, saya juga mahu rakan-rakan saya bina diri mereka dengan kekuatan Islam. Walaupun kamu baru belajar mengenai Islam, jangan sekali-kali putus asa untuk berubah, marilah sama-sama kita tegakkan panji Islam, satu-satunya agama yang diredhaiNya, kita sambung perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Saya mohon doa dari rakan-rakan.

Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan janga kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir. Yusuf ; 87.


Diri ; usah kau hilang lagi. 













Thursday, January 12, 2012

Diri dan Persoalan

Assalamualaikum.
Selama mata terbuka, dimana pandangan kita jatuhkan? Sudah cukupkah kita mensyukuri segala-galanya yang ada yang diberi Allah hanya di dalam solat kita?

Saya tertarik dengan satu status facebook yang muncul di home saya, " kita inginkan kebahagiaan, tapi kita tak minta pada Tuan Punya Bahagia". Membuat saya terfikir sejenak, sejauh mana saya menghargai kehadiran Allah dalam kehidupan seharian saya. Perasaan cukup hanya dengan melakukan solat-solat fardhu, dan perilaku wajib seorang muslim seperti berpuasa dibulan Ramadhan, membuatkan saya kesal dengan diri sendiri.

Saya tahu dan juga ingat, bahawa Allah menciptakan manusia dan makhlukNya hanyalah untuk menyembahNya dan beribadat kepadaNya, tetapi selama mana ingatan itu tetap kekal dalam urusan seharian ku? Yang apabila tiba kesedihan, saya berduka umpama Allah itu tidak menyayangi saya. Dan apabila kegembiraan itu datang, saya seolah lupa pada Allah? Dimana bukti saya beribadat kepadaNya setiap masa dan ketika jika saya sering tidak nampak Dia?

Saya tidak kesal jika diri ini tega membiarkan cinta manusia tidak kubalas, tetapi saya cukup marah jika saya sanggup membiarkan cinta Allah tidak berjawab. Allah bukan sahaja cintakanku, tetapi Dia juga mencintai ibubapaku, adik-adikku, sanak saudaraku, rakan-rakanku yang jauh yang dekat, guru-guruku, bahkan Dia juga mencintai mereka yang langsung tiada pertalian darah denganku. Siapa sahaja yang mampu berbuat begitu? Egolah diri jika masih tidak cinta pada Dia.

Allah Maha Pengasih, andai diri ini terlalu jauh meninggalkan akhiratMu, tariklah aku. Biar aku tahu,akhirat adalah tempat kembaliku.
Allah Yang Penyayang, andai diri ini terlalu asyik dengan duniaMu, sedarkan aku. Biar aku tahu, dunia hanya tempat singgahku.

Cinta; biarlah kau terkabur pasir manusia, tapi bukan cahaya Dia.

Friday, April 1, 2011

kasih sayang yang nyata.

assalamualaikum.

apa khabar hati harini? apa khabar iman? 

baru saja baca link yang kawan aku bagi dari blog diminati ramai, iluvislam.com pasal kisah benar solat berjemaah. kisah seorang pemuda yang berubah kearah cinta Allah dengan mula solat berjemaah isya' dan subuh. bagaimana dia menguji diri sendiri dengan kata-kata daripada Shahih Muslim tentang apa yang terkandung dalam solat isya' dan subuh.

baca saja kisah pasal pemuda yang menjaga solat jemaah dia ni, buat aku teringat kat seorang atok merangkap jiran aku. aku panggil dia tok pak. hari-hari nampak tok pak pergi ke masjid yang jauhnya adalah dalam 5minit perjalanan kalau naik motor. 

tok pak memang pergi ke masjid naik motor pun sebab dia takde kereta. rutin harian dia memang sama setiap kali masuk waktu solat, aku akan nampak tok pak naik motor pergi masjid sebab lalu depan rumah. sebelum azan berkumandang, tok pak dah pergi ke masjid. begitulah tok pak, sebelum aku pergi asrama, balik cuti dan sekarang dah masuk universiti masih nampak tok pak begitu, pergi ke masjid menunaikan solat jemaah.

jika hari hujan, pasti tok pak pergi juga dengan payung sambil menunggang motor. 

semasa pulang cuti sekolah waktu tingkatan empat, aku nampak tok pak sudah kurang laju membawa motosikal. dan makin lama aku perhatikan, bulan ke bulan aku nampak tok pak masih ke masjid tetapi dengan keadaan yang lain. pernah sekali aku lihat tok pak membawa motor betul-betul di bahu jalan dengan begitu perlahan tidak seperti pemandu lain.

aku bertanya ibu, ibu kata, penglihatan tok pak sudah semakin kabur, dia hanya berani membawa motor di bahu jalan sahaja, dan kalau hujan dia akan berjalan kaki membawa payung. 

pulang bercuti dari pegolakan Mesir tempoh hari, aku lihat tok pak sudah tidak menunggang motor, aku bertanya lagi pada ibu kenapa hari yang cerah dan tidak hujan, tok pak masih berjalan kaki ke masjid, ibu kata, lutut tok pak sudah terlalu sakit untuk menunggang motor dan penglihatannya yang semakin teruk. bahaya untuk tok pak menunggang motor.

aku terdiam. 
lutut sakit untuk menunggang motor?
penglihatan makin teruk?
tapi masih mampu berjalan kaki selama 15 minit semata-mata mahu solat jemaah di masjid?
dan dia adalah seorang atok.

benarlah janji Allah.
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." [10;107]

Subhanallah.





Sunday, March 27, 2011

Earth Hour.

assalamualaikum.
lama sangat sudah tak tulis apa-apa disini. keadaan tak mengijinkan. Balik free ke Malaysia, tapi laptop tak ikut sekali. kata skema, haruslah berat muatan cukup-cukup 7kgs. buku dan baju. -______-".

sekarang satu rumah sedang bergelap sebagai tanda 'yes' kepada Earth Hour. Pertama kali, Earth Hour dekat egypt. agak excited. haha.

Sekali sekala tunjukkan rasa kasih sayang yang obvioussssss kepada bumi apa salahnya kan. selain menjaga tumbuh-tumbuhan walaupun sebenarnya main terjah je laman bunga dan rumput-kalau-dekat-malaysia 'dilarang pijak yang ada dekat zagazig ni. bukan apa, senang nak jalan, shortcut! takde nak pusing sana sini. susah kn? haha. kalau orang yang tak hargai natural memang begini. maaf!

nampak tak? nampak tak? laptop je yang menyala. 
akhir kata : sayangi bumi . kerana disitu lahirnya kita, kerana disitu kita menerima kasih sayang dari-Nya.



Thursday, January 20, 2011

nak bebel-kepada-diri-sendiri

haha. best tak tajuk?

adoi. penat gini. penat tido wokeh. kalau penat study tu kire alhamdulillah. kalau penat tido sampai azan subuh pun dah tak tahu bunyi nya mana. itu memang kena auzubillahiminassyaitonirrojim. fuh fuh bagi tiup siket. 

agaknya kurang sangat ingat Allah. itu la pasainya. hati tu dah mana-mana tah. dok ikut nafsu jah. makannnn tidooo. adoi. pusing wa gini. exam after winter break pulak tu. tapi tahu pulak reserve movie untuk tengok time winter break. smart kan aku?-_-' hempuk hempuk je kepala ni. 

semalam balik kelas arab, mengantuk la pulak kan. takpelah. konon, alah dah study arab tadi. rest JAP la. haha. ngok kau punya sekejap. memang sengaja aku caps lock kan jap tu sebab jap aku tu bersamaan 10 jam tidor tanpa henti. tah pape gila rasa. mula la salahkan syaitan. haha. padahal diri tu haa yang tak betol. eh bukan la kata syaitan tu betol. tak la. macam mana sekalipun pulang balik pulang balik, aku la kena tengok diri aku kan?

dah bangun tido mula menyesal-nak-study-je-nanti. dan sekarang aku masih didepan laptop-nazak ni. haha. tak berniat apa-apa pun bagitahu pasal laptop aku dah nazak. :D 

cakap pasal niat niat ni. teringat la cik zahedee tag aku dekat note dia tajuknya niat. berminat la aku pasal niat-niat ni semua. kadang-kadang niat aku suka benor la tersasar. haih. 10 minit sebelum buat tu, dah elok dah baiknya, tiba time buat, eh eh dah kelain pulak lintasan hati ni. ataupun lepas je buat sesuatu tu, haa mula la senyum senyum gatal. apa hal la kan?

sebenarnya, niat kerana Allah ini memang lah sangat sangat tersangat penting dalam kehidupan. dunia wa akhirat. lihat balik jauh jauh ke dasar hati apa yang kita nak dalam kehidupan ni. nak kejar dunia je ke, nak kejar akhirat je ke, nak kejar dunia sebelum akhirat ke, ataupun nak kejar akhirat sebelum dunia. dah lihat jauh jauh dalam hati tu haa pandai pandai lah nak take action. ni memang bebel untuk di sendiri ni -.-'

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
al-qasas;77

okaylah. sudah azan isya' . :P
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Saturday, January 15, 2011

nak kahwin

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

sebarkan salam kepada semuaaa. sebab aku baca entry cik zahedee la buat aku bagi salam panjang-panjang ni. terima kasih ya cik zahedee sebab ingatkan aku dan orang-orang lain.

semalam kecoh la kes kak as senior taayah aku merangkap azhar dentist student nak kahwin winter break ni. haha. kecoh satu fb la. sekali. prank je. terus down. dah siap berangan nak pakai baju apa. konon.
semalam pulak aku chat dengan kawan aku. oh kawan yang mana tu. macam la korang semua kenal kan? haha. aku namakan dia lipas. boleh? maaf cik lipas.

chat punya chat, terkeluar la topik kahwin. biasalah. kata dah 20. haha. tak kurang tak lebih mesti keluar lah tajuk tu time sembang-sembang.

lipas bagi la satu ayat dekat aku.
"kematangan. at least kau sedar lagi 5-6 tahun kau akan duduk with your life partner, sehidup semati"

korang faham tak maksudnya? ayat senang nya, at least kita sedar yang kita ni akan berkahwin.

bila aku fikir-fikir balik, bila la agaknya waktu sesuai untuk aku kahwin kan.
iyelah seorang pelajar jurusan perubatan lepas tu nak kena kerja-macam-ditorture selama dua tahun. habis belajar umur 24, habis housemanship, kurang-kurang umur 26. pergh! agak-agak 26 tu muda ke tua lagi ek? fikir lagi, kalau kahwin betul-betul time habis study, kire sebelum masuk housemaship *memang itulah pun kebanyakan azam budak-budak medic kn?haha*.
macam mana pulak kalau time housemaship tu pregnant pulak. haaaaaa. dengan lari-lari kesana kesini. huiyoohhh peluh peluh mana nk jaga perut, mana nk jaga pesakit lagi.

kalau nak kahwin time study..laaaaaagi la tak boleh. bukan apa, kalau aku ni haa memang lah tak boleh. mana reti nak masak-masak, jaga rumah kemas rumah, study lagi. ape kau ingat aku robot?
lepas tu, bilanya boleh aku kahwin ni........ fening, fening, ana fening lah.

haihh tak boleh tidur jugaklah aku bila fikirkan hal ni *kata dah 20*.

*****

ini semua berkaitan jihad. kahwin semasa study atau kahwin selepas study. kalau semua orang boleh nampak apa kebaikan berjihad di jalan Allah. pasti semua orang akan buat semua perkara kebaikan walau di pandangan orang lain, ini amat membebankan.

kalau kahwin semasa belajar.
jihad kita untuk belajar dalam jurusan medik dan juga jihad kita sebagai seorang isteri. tapi jangan lah pulak bila dah kahwin tu, kau lupa pulak nak belajar. dok layan suami jah tak mejadi jihad kita sebagai seorang pelajar.  ataupun, nama ja dah kahwin, tapi tanggungjawab sebagai isteri tu, tak pulak dilakukan. belajar je tak boleh jugak. kena balance lah. syukur lah, terpilih dalam ramai-ramai, berjuang atas dua perkara. tapi untuk keredhaanNya jugak kn?

kalau kahwin habibs belajar, sebelum housemanship.
ini pulak kesnya, sibuk lah bising-bising, macam mana nanti kalau pregnant, nak bawak perut lagi, berlari-lari, maunya terberanak time tu jugak. lah! sabar la nok. kata nak jadi doktor, nak jadi mak. pilih, berhenti jadi doktor atau takmau jadi mak? ini pun dah dinamakan double jihad. jihad untuk menyambung umat nabi Muhammad s.a.w dan jihad untuk menyelamatkan nyawa umat. mana nya kau tahu, dalam kau lari-lari tu, anak kau jadi pelari pecut negara ke? atau kau laju-laju ke sana kemari tu, anak kau keluar-keluar hebat dalam menghafaz al-quran ke? tak ke creditnya pergi ke kau jugak nanti?

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
az-zariyat;56


okay okay. sebenarnya ini semua note to self lah. lagipun, sempat kah aku berkahwin? jodoh dan ajal sesungguhnya di tangan Allah.

Sunday, January 9, 2011

2010.

fiuhhh...buka juga blog ini akhirnya. punya lama ditinggalkan sebabkan otak terlalu kosong untuk menulis.
banyak untuk dikongsikan dan diceritakan, tetapi once buka blog ni, pop! hilang semua yang dah tercatat dalam otak. 

sekarang pun dah masuk 2011.
2010 dah pergi berlalu yang takkan mungkin akan datang balik.

kalau tanya setiap orang.
siapa je yang takde kenangan dalam 2010.
nak nak lagi kalau yang lepasan spm tu. banyak betul lah. 
time itu lah buat kerja sambilannya.
masa itulah rasa, baju sekolah dah tak pakai lagi di hari-hari.
waktu itulah rasa jadual pun semakin berterabur.
habis kata, semua dah berubah lah.
dari rutin seagai seorang pelajar, dah jadi penganggur.
tunggu keputusan spm.

ada pulak tu, kenangan sebagai tunang orang lah, 
suami ke isteri orang ke.
ada pulak yang dapat anak,
tak lupa juga yang dah mula jadi pelajar universiti.
tak kisah lah universiti tempatan ke luar negara.

pendek kata, semua ada kenangan.
apa yang membezakan.
buruk atau baik. indah atau terrible.

kalau nak kata apa pulak yang aku lalui sepanjang 2010 ni.
aku namakan tahun tu adalah tahun KESEDARAN untuk aku.

dari mula. 
januari pertama aku dekat negara orang.
perit. memang perit.
siapa yang tak rasa perit.caya la awak!
hari-hari aku sebagai seorang pelajar yang duduk rumah sewa!
bukan lagi asrama. ada orang sedia makan apa semua.
basuh baju, cukup hari, hantar ke dobi.
:(

masa berlalu.
dari seorang yang bawa siapa dia dulu di malaysia.
makin rasa perubahan pada diri.
rasa sesuatu yang dia perlu ambil cakna.
rasa sesuatu yang sampai bila pun.
kepada Dia juga akan kembali.
dan akhirnya. 
diri yang dia bawa dari malaysia tu.
hilang sikit demi sedikit.
dan sampai sekarang masih sikit juga.haha
:)

tetapi. sebagai manusia biasa yang tercatat
fitrahnya adalah lemah. 
ujian dan dugaan datang satu per satu, dua per dua.
bukan nak beritahu yang diri itu merungut.
tetapi sekadar berkongsi. kita tak pernah lari dari masalah.
:)

diuji dengan konflik persahabatan. 
yeah. bila dah lama-lama kawan.
semua akan terbuka jugak.
bila dah berjauhan.
boleh tahu mana gula mana garam.
cuma kita la pilih. nak gula ke nak garam.
tapi aku p pilih garam.
:(

datang pulak peperiksaan akhir tahun.
kat sini. bila pandang dari sudut lainnya.
akuk rasa. nak uji aku yang internet freak ni.
dan jawapannya.internet menang.
result aku tandus. tertanam dalam tanah paling dalam.!
:(

balik malaysia untuk nikmati cuti-cuti.haha.
apa lagi. ibu ayah kerja.
aku nak kerja jugak la konon. tapi tak jadi.
ternyata perancangan Allah tu Maha Hebat.
aku terlibat banyak program.
tak dengan kawan-kawan. dengan keluarga.
seronok lah.
:)

tiba masa aku jadi pelajar balik.
paling tak percaya aku rasa saat ini.
rasa diri dah terlalu dewasa.
tapi aku tekad la tak mahu main-main.
result lepas buat aku gerun dengan diri sendiri.
aku bakal jadi doktor.
aduh.. dengar doktor je. rasa nk tutup blog sambung study. cewah!
boleh la buat aku lekat dengan buku
paling lama 3jam sehari. haha.lama kan?
:)

pagi hujan tak semesti sampai petang hujan.
ada jugak terik kat tengah.
tahu kedua ini. aku rasa berat.
berat sebab ada mata mula memandang.
ambil pengajaran dari dosa-dosa yang lepas.
dan terima dengan hati terbuka.
macam simpulan zaman lagenda.
mana pokok nak bergoyang kalau tiada yang goyangkan.
macam tu jugaklah. mana cerita pasal kita takkan keluar 
kalau bukan dari kita sendiri.
korek lah korek sampai kita jumpa kesalahan tu.
:)

sebelum tutup perkongsian tentang 2010 aku.
mari renung firman Allah ni.:)
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2:148

wassalaam! :))

Thursday, December 23, 2010

kerana itu..

apakah langkah dakwah terbaik?
"bila mereka menentang, kita bukan menentang semula"

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
asy-syura;43

banyaknya ujian dan dugaan yang menimpa diri kita bukan sekadar diukur dengan kasih sayang Dia pada hambaNya tetapi juga megukur sejauh mana kesabaran kita untuk menempuhya.
manusia mempuyai akal dan emosi. tetapi, guna akal sebaiknya untuk setiap inci perbuatan kita sama ada pada manusia atau makhluk lainnya.

kita adalah jaguh pada diri sendiri, sekaligus kenapa kita perlu nampak rendah dimata orang lain?

agar kerana sabar, semua peroleh hikmah.
kerana Rasulullah saw megajar kita kebaikan bukan kejahatan.

i pray to be close to you
on that day and see you smile
when you see me
sallu ala rasulillah, habibil mustafa

Friday, November 12, 2010

fasting

Abu Huraira(radiallahu 'anhu) reported
Allah's messenger (sallallahu alaihi wasallam) as saying:

Allah, The Majestic and The Exalted,said;
"Every act of the son of Adam is for him except fasting.
It is done for my sake and i will give a reward for it"

(sahih muslim)

selamat berpuasa sunat zulhijjah!

Monday, September 13, 2010

pictures mean everyting.






ps: love my tumblr! ow my raihana,thanks for everything. u taught me a lot about love and life. and now, im in love with my tumblr and things in it. love you guys!

Tuesday, September 7, 2010

tujuh haribulan sembilan


ok.today is my senior's birthday. tak berkesempatan nak wish kat mana-mana,

so aku wish kat sini, macam tipis je my senior nak buka blog aku. tapi takpelah.
happy birthday!'
May Allah bless your life.



ps: kenapa macam tergesa-gesa? sakit perutttttttttttttttttttttt

Saturday, September 4, 2010

my baby.


apa cerita flexsadyna tiba-tiba berubah wajah kan? selama ni, pale saja. haha.
tak salah kan. aku terbaca satu buku pasal template and nak try la satu.
dulu, pernah ada tahu. before flexsadyna dipublickn.
tapi rasa susah pulak.ntah apa yang susah pun,tak tahu lah kan. . .
and sekarang dah buat balik. nampak comel saja.
mula-mula, nak guna wedding template,sebab comel sangat template tu.
tapi, apa halnya pulak kan. tiba-tiba wedding. nampak tak seswai gitu. ha-ha-ha.

template ni pun.tak tahu lah berapa lama boleh bertahan. he he
tunggu dan lihat saja lah ye anak-anak.

p/s apa ke bosan kau sha post entry ni?


Thursday, September 2, 2010

kasih kita.kasih mereka.

aku doakan kau kawan,
 semoga kau berjaya dalam program yang kau aturkan, 
kau merancang tapi jangan sekali-kali kau lupa Allah pun merancang
bahkan perancanganNya lebih tepat, 
andai kau kecundang,
kau akan kuat bangkit untuk masa akan datang,
andai kau berjaya,
dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali

hidup tak ambil masa kita untuk buat kebajikan
tetapi kita yang menggunakan masa kita
untuk menolak kebajikan
sampai satu saat hati terdetik
"aku mahu beramal"
teruskan segera,jangan lengah lagi
kerana selagi manusia itu ada,
syaitan juga ada




  • Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (QS. 43:37)


  • oklah, dari jauh
    salam perjuangan untuk sahabat-sahabat sekalian
    jauh dalam hati, sedih tak dapat turut serta
    lebih sedih daripada tengok keputusan 
    "tidak berjaya"
    dekat tawaran JPA.
    tapi, Allah itu Maha Adil.
    nanti kita buat lagi ya!

    khas untuk: para pejuang Program Kasih Sayang
    tema: kasih kita,kasih mereka.
    anjuran: Malaysian Medical Student of Zagazig University


    p/s kau untuk semua!^_________^


    Wednesday, September 1, 2010

    something bout a love. . .

    Baru dapat blog balik setelah dia menghilangkan diri selama dua hari. ada orang culik. takpe. dah ikat ketat2!.

    Hebatnya penangan cinta Allah bila Dia suka akan sesuatu. benarlah, tiada siapa atau apa dapat menandingi cinta Allah pada hambaNya.
    "assalamualaikum, nak update mengenai kewangan Program Kasih Sayang, ia melebihi apa yang kita jangkakan"

    syukur tak terkata buat Pencipta Alam, mengurniakan anugerah terindah ini.
    firman Nya,



    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186)."


    betapa Allah itu dekat dengan kita, mendengar doa kita tanpa halangan. semakin banyak doa yang kita mohon dariNya, makin banyaklah kasih sayang yang Allah turunkan pada kita.


    sedang Allah sentiasa menunjukkan rasa kasih dan sayangNya pada kita, bagaimana kita?
    bagaimana kita menunjukkan rasa kasih dan sayang padaNya?


    pohon ampunlah dengan dosa-dosa yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. kita manusia tak lari dari salahnya. jika dihitung dosa kelmarin, semalam hari ini, memang tak terhitung banyaknya. inilah kelemahan kita sebagai manusia.

    "Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)


    Sabda Rasulullah bermaksud:


    “Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )




    p/s mengajak rakan taulan sama-sama sujud syukur kerana salah satu nikmat yang tak dapat kita nafikan ialah nikmat hidup dan bernafas disaat kita ingin melakukan sujud syukur.^___^







    Friday, August 27, 2010

    shooting

    will start a shooting, titled "The New Me" soon...

    "bila aku kehilangan segala cinta manusia, aku menangis bagai tiada lagi manusia yang akan menyayangi aku, aku menangis mengenangkan betapa egonya diri yang tak pernah nak fikir tentang apa yang aku dah lakukan pada hubungan aku dengan Allah.
    aku juga takut, gementar, bila hilang cinta manusia aku boleh jadi hilang arah, ape akn jadi pada diriku, kalau aku juga turut hilang cinta Allah….nauzubillah.
    Allah itu amat pengasih dan penyayang.tiada siapa boleh menandingi. tetapi kegusaran hati. takut kalau ia terjadi." - copy paste from my tumbler je.:P-

    so, ask from u readers, ur Doaa for my shooting will "boom!" for myself,khususnya.. need ur support.:)

    Monday, August 2, 2010

    entot! a.k.a entry kontot

    alhamdulillah sudah sampai di malaysia..
    segaanya berjalan lancar.ewah!
    rabu ini nak pergi taayah.sekolah daku bersama naemah, dayahtika, aimi dah raihana.
    semoga yang dirancang menjadi.
    fathimah,
    nantikan saja apa yang saya akan lakukan ye..link sini
    sampai disini dahulu.sekarang petang..dah blur nampaknya.
    till we meet!






    Friday, July 16, 2010

    kita manusia bijak!

    "kau dah solat belum?"

    "belum lah.kejap lagi kut"

    "bila nak solat nye, dah nk masuk maghrib"

    "kejap la"

    "kau nk tunggu bila? TAKKAN NAK TUNGGU ORANG SEMBAHYANGKAN KAU PULAK"


    kadang kadang manusia ni pelupa, ada yang pelupa bila diingatkan, akan terus ingat atau buat..ada yang pelupa, bila diingatkan, bertangguh dulu, then lupa balik.. ada pulak yang pelupa, bila diingatkan terus pura-pura lupa langsung...

    tapi, ada benda yang perlu kita sungguh-sungguh ingatkan dan ada juga yang tak payah nak ingatkan pun takpa.

    tapi bila tiba soal berkait dengan islam, perlu ada cara untuk mengingatkan....sebab kita mesti selalu diingatkan.

    ps: idea?



    Tuesday, July 13, 2010

    saya anak sulung! ep1

    selasa sampai khamis lepas.pergi matruh dan siwa.rombongan la.bukan macam rombongan sekolah tu.kene bayar dalam LE285.mahal? tak..berbaloi sangat dengan apa yang aku dapat. tak rugi la 3 hari kat sana. tapi...memang hangus lah aku! sobar yo la...

    siapa siapa rasa belum pergi lagi tu, bawak-bawak la pergi ya.best sangat. kat situ lah, banyak sangat keindahan keindahan alam ciptaan Maha Esa yang boleh kita jadikn pengingat buat diri ni haa...

    tahun depan, pergi la weh. menggemukkan diri pun boleh...everyday lunch and dinner makan lauk ayam!.perrghh.eh.over.


    tetap nak letak gambar nie even rosak.gambar ini macam cool. tak rasa ke?ahaha

    sama macam gambar atas. gambar diambil semasa berada di kubu iskandar zulkarnain.cewah.
    ok.gambar ini agak kabur sebab ambil dari dalam bas.uh, buruknya tingkap bas. ini di jabal mauta.
    ok.ini di siwa.bangunan dia sama sahaja.tak guna bata macam sekarang.lihatlah bank dia.
    suk libya. tempat membuang duit shopping di matruh.boleh saving kat sini kalau orang macam aku.ahaha
    gaya tiga gadis putus cinta menyaksikan keindahan teluk.
    tempat yang sama dengan di atas. teluk ajibah.
    juga tempat sama. bila waktu maghrib, nampaklah teluk ini ada 7 tone warna.panjat syukur pada Illahi kerana
    dikurniakan mata, berupaya melihat keindahanNya.
    *add your caption sendiri*haha
    ini mestilah pandangan dari atas kan.=____=''
    sudah sampai di hamam cleopatra. batu besar yang ada pintu tu, toilet cleopatra lah. abaikan dua orang artis di depan tu.
    tourist.-___-'
    ps: entry akan bersambung sebab kawe nok sambung hok cerito my lovely samsoon yang oghe tengok sebelum update.seeyah!