Thursday, January 12, 2012

Diri dan Persoalan

Assalamualaikum.
Selama mata terbuka, dimana pandangan kita jatuhkan? Sudah cukupkah kita mensyukuri segala-galanya yang ada yang diberi Allah hanya di dalam solat kita?

Saya tertarik dengan satu status facebook yang muncul di home saya, " kita inginkan kebahagiaan, tapi kita tak minta pada Tuan Punya Bahagia". Membuat saya terfikir sejenak, sejauh mana saya menghargai kehadiran Allah dalam kehidupan seharian saya. Perasaan cukup hanya dengan melakukan solat-solat fardhu, dan perilaku wajib seorang muslim seperti berpuasa dibulan Ramadhan, membuatkan saya kesal dengan diri sendiri.

Saya tahu dan juga ingat, bahawa Allah menciptakan manusia dan makhlukNya hanyalah untuk menyembahNya dan beribadat kepadaNya, tetapi selama mana ingatan itu tetap kekal dalam urusan seharian ku? Yang apabila tiba kesedihan, saya berduka umpama Allah itu tidak menyayangi saya. Dan apabila kegembiraan itu datang, saya seolah lupa pada Allah? Dimana bukti saya beribadat kepadaNya setiap masa dan ketika jika saya sering tidak nampak Dia?

Saya tidak kesal jika diri ini tega membiarkan cinta manusia tidak kubalas, tetapi saya cukup marah jika saya sanggup membiarkan cinta Allah tidak berjawab. Allah bukan sahaja cintakanku, tetapi Dia juga mencintai ibubapaku, adik-adikku, sanak saudaraku, rakan-rakanku yang jauh yang dekat, guru-guruku, bahkan Dia juga mencintai mereka yang langsung tiada pertalian darah denganku. Siapa sahaja yang mampu berbuat begitu? Egolah diri jika masih tidak cinta pada Dia.

Allah Maha Pengasih, andai diri ini terlalu jauh meninggalkan akhiratMu, tariklah aku. Biar aku tahu,akhirat adalah tempat kembaliku.
Allah Yang Penyayang, andai diri ini terlalu asyik dengan duniaMu, sedarkan aku. Biar aku tahu, dunia hanya tempat singgahku.

Cinta; biarlah kau terkabur pasir manusia, tapi bukan cahaya Dia.

Friday, April 1, 2011

kasih sayang yang nyata.

assalamualaikum.

apa khabar hati harini? apa khabar iman? 

baru saja baca link yang kawan aku bagi dari blog diminati ramai, iluvislam.com pasal kisah benar solat berjemaah. kisah seorang pemuda yang berubah kearah cinta Allah dengan mula solat berjemaah isya' dan subuh. bagaimana dia menguji diri sendiri dengan kata-kata daripada Shahih Muslim tentang apa yang terkandung dalam solat isya' dan subuh.

baca saja kisah pasal pemuda yang menjaga solat jemaah dia ni, buat aku teringat kat seorang atok merangkap jiran aku. aku panggil dia tok pak. hari-hari nampak tok pak pergi ke masjid yang jauhnya adalah dalam 5minit perjalanan kalau naik motor. 

tok pak memang pergi ke masjid naik motor pun sebab dia takde kereta. rutin harian dia memang sama setiap kali masuk waktu solat, aku akan nampak tok pak naik motor pergi masjid sebab lalu depan rumah. sebelum azan berkumandang, tok pak dah pergi ke masjid. begitulah tok pak, sebelum aku pergi asrama, balik cuti dan sekarang dah masuk universiti masih nampak tok pak begitu, pergi ke masjid menunaikan solat jemaah.

jika hari hujan, pasti tok pak pergi juga dengan payung sambil menunggang motor. 

semasa pulang cuti sekolah waktu tingkatan empat, aku nampak tok pak sudah kurang laju membawa motosikal. dan makin lama aku perhatikan, bulan ke bulan aku nampak tok pak masih ke masjid tetapi dengan keadaan yang lain. pernah sekali aku lihat tok pak membawa motor betul-betul di bahu jalan dengan begitu perlahan tidak seperti pemandu lain.

aku bertanya ibu, ibu kata, penglihatan tok pak sudah semakin kabur, dia hanya berani membawa motor di bahu jalan sahaja, dan kalau hujan dia akan berjalan kaki membawa payung. 

pulang bercuti dari pegolakan Mesir tempoh hari, aku lihat tok pak sudah tidak menunggang motor, aku bertanya lagi pada ibu kenapa hari yang cerah dan tidak hujan, tok pak masih berjalan kaki ke masjid, ibu kata, lutut tok pak sudah terlalu sakit untuk menunggang motor dan penglihatannya yang semakin teruk. bahaya untuk tok pak menunggang motor.

aku terdiam. 
lutut sakit untuk menunggang motor?
penglihatan makin teruk?
tapi masih mampu berjalan kaki selama 15 minit semata-mata mahu solat jemaah di masjid?
dan dia adalah seorang atok.

benarlah janji Allah.
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." [10;107]

Subhanallah.





Sunday, March 27, 2011

Earth Hour.

assalamualaikum.
lama sangat sudah tak tulis apa-apa disini. keadaan tak mengijinkan. Balik free ke Malaysia, tapi laptop tak ikut sekali. kata skema, haruslah berat muatan cukup-cukup 7kgs. buku dan baju. -______-".

sekarang satu rumah sedang bergelap sebagai tanda 'yes' kepada Earth Hour. Pertama kali, Earth Hour dekat egypt. agak excited. haha.

Sekali sekala tunjukkan rasa kasih sayang yang obvioussssss kepada bumi apa salahnya kan. selain menjaga tumbuh-tumbuhan walaupun sebenarnya main terjah je laman bunga dan rumput-kalau-dekat-malaysia 'dilarang pijak yang ada dekat zagazig ni. bukan apa, senang nak jalan, shortcut! takde nak pusing sana sini. susah kn? haha. kalau orang yang tak hargai natural memang begini. maaf!

nampak tak? nampak tak? laptop je yang menyala. 
akhir kata : sayangi bumi . kerana disitu lahirnya kita, kerana disitu kita menerima kasih sayang dari-Nya.