Sunday, January 9, 2011

2010.

fiuhhh...buka juga blog ini akhirnya. punya lama ditinggalkan sebabkan otak terlalu kosong untuk menulis.
banyak untuk dikongsikan dan diceritakan, tetapi once buka blog ni, pop! hilang semua yang dah tercatat dalam otak. 

sekarang pun dah masuk 2011.
2010 dah pergi berlalu yang takkan mungkin akan datang balik.

kalau tanya setiap orang.
siapa je yang takde kenangan dalam 2010.
nak nak lagi kalau yang lepasan spm tu. banyak betul lah. 
time itu lah buat kerja sambilannya.
masa itulah rasa, baju sekolah dah tak pakai lagi di hari-hari.
waktu itulah rasa jadual pun semakin berterabur.
habis kata, semua dah berubah lah.
dari rutin seagai seorang pelajar, dah jadi penganggur.
tunggu keputusan spm.

ada pulak tu, kenangan sebagai tunang orang lah, 
suami ke isteri orang ke.
ada pulak yang dapat anak,
tak lupa juga yang dah mula jadi pelajar universiti.
tak kisah lah universiti tempatan ke luar negara.

pendek kata, semua ada kenangan.
apa yang membezakan.
buruk atau baik. indah atau terrible.

kalau nak kata apa pulak yang aku lalui sepanjang 2010 ni.
aku namakan tahun tu adalah tahun KESEDARAN untuk aku.

dari mula. 
januari pertama aku dekat negara orang.
perit. memang perit.
siapa yang tak rasa perit.caya la awak!
hari-hari aku sebagai seorang pelajar yang duduk rumah sewa!
bukan lagi asrama. ada orang sedia makan apa semua.
basuh baju, cukup hari, hantar ke dobi.
:(

masa berlalu.
dari seorang yang bawa siapa dia dulu di malaysia.
makin rasa perubahan pada diri.
rasa sesuatu yang dia perlu ambil cakna.
rasa sesuatu yang sampai bila pun.
kepada Dia juga akan kembali.
dan akhirnya. 
diri yang dia bawa dari malaysia tu.
hilang sikit demi sedikit.
dan sampai sekarang masih sikit juga.haha
:)

tetapi. sebagai manusia biasa yang tercatat
fitrahnya adalah lemah. 
ujian dan dugaan datang satu per satu, dua per dua.
bukan nak beritahu yang diri itu merungut.
tetapi sekadar berkongsi. kita tak pernah lari dari masalah.
:)

diuji dengan konflik persahabatan. 
yeah. bila dah lama-lama kawan.
semua akan terbuka jugak.
bila dah berjauhan.
boleh tahu mana gula mana garam.
cuma kita la pilih. nak gula ke nak garam.
tapi aku p pilih garam.
:(

datang pulak peperiksaan akhir tahun.
kat sini. bila pandang dari sudut lainnya.
akuk rasa. nak uji aku yang internet freak ni.
dan jawapannya.internet menang.
result aku tandus. tertanam dalam tanah paling dalam.!
:(

balik malaysia untuk nikmati cuti-cuti.haha.
apa lagi. ibu ayah kerja.
aku nak kerja jugak la konon. tapi tak jadi.
ternyata perancangan Allah tu Maha Hebat.
aku terlibat banyak program.
tak dengan kawan-kawan. dengan keluarga.
seronok lah.
:)

tiba masa aku jadi pelajar balik.
paling tak percaya aku rasa saat ini.
rasa diri dah terlalu dewasa.
tapi aku tekad la tak mahu main-main.
result lepas buat aku gerun dengan diri sendiri.
aku bakal jadi doktor.
aduh.. dengar doktor je. rasa nk tutup blog sambung study. cewah!
boleh la buat aku lekat dengan buku
paling lama 3jam sehari. haha.lama kan?
:)

pagi hujan tak semesti sampai petang hujan.
ada jugak terik kat tengah.
tahu kedua ini. aku rasa berat.
berat sebab ada mata mula memandang.
ambil pengajaran dari dosa-dosa yang lepas.
dan terima dengan hati terbuka.
macam simpulan zaman lagenda.
mana pokok nak bergoyang kalau tiada yang goyangkan.
macam tu jugaklah. mana cerita pasal kita takkan keluar 
kalau bukan dari kita sendiri.
korek lah korek sampai kita jumpa kesalahan tu.
:)

sebelum tutup perkongsian tentang 2010 aku.
mari renung firman Allah ni.:)
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2:148

wassalaam! :))

No comments: