haha. best tak tajuk?
adoi. penat gini. penat tido wokeh. kalau penat study tu kire alhamdulillah. kalau penat tido sampai azan subuh pun dah tak tahu bunyi nya mana. itu memang kena auzubillahiminassyaitonirrojim. fuh fuh bagi tiup siket.
agaknya kurang sangat ingat Allah. itu la pasainya. hati tu dah mana-mana tah. dok ikut nafsu jah. makannnn tidooo. adoi. pusing wa gini. exam after winter break pulak tu. tapi tahu pulak reserve movie untuk tengok time winter break. smart kan aku?-_-' hempuk hempuk je kepala ni.
semalam balik kelas arab, mengantuk la pulak kan. takpelah. konon, alah dah study arab tadi. rest JAP la. haha. ngok kau punya sekejap. memang sengaja aku caps lock kan jap tu sebab jap aku tu bersamaan 10 jam tidor tanpa henti. tah pape gila rasa. mula la salahkan syaitan. haha. padahal diri tu haa yang tak betol. eh bukan la kata syaitan tu betol. tak la. macam mana sekalipun pulang balik pulang balik, aku la kena tengok diri aku kan?
dah bangun tido mula menyesal-nak-study-je-nanti. dan sekarang aku masih didepan laptop-nazak ni. haha. tak berniat apa-apa pun bagitahu pasal laptop aku dah nazak. :D
cakap pasal niat niat ni. teringat la cik zahedee tag aku dekat note dia tajuknya niat. berminat la aku pasal niat-niat ni semua. kadang-kadang niat aku suka benor la tersasar. haih. 10 minit sebelum buat tu, dah elok dah baiknya, tiba time buat, eh eh dah kelain pulak lintasan hati ni. ataupun lepas je buat sesuatu tu, haa mula la senyum senyum gatal. apa hal la kan?
sebenarnya, niat kerana Allah ini memang lah sangat sangat tersangat penting dalam kehidupan. dunia wa akhirat. lihat balik jauh jauh ke dasar hati apa yang kita nak dalam kehidupan ni. nak kejar dunia je ke, nak kejar akhirat je ke, nak kejar dunia sebelum akhirat ke, ataupun nak kejar akhirat sebelum dunia. dah lihat jauh jauh dalam hati tu haa pandai pandai lah nak take action. ni memang bebel untuk di sendiri ni -.-'
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
al-qasas;77okaylah. sudah azan isya' . :P
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
No comments:
Post a Comment