Friday, April 1, 2011

kasih sayang yang nyata.

assalamualaikum.

apa khabar hati harini? apa khabar iman? 

baru saja baca link yang kawan aku bagi dari blog diminati ramai, iluvislam.com pasal kisah benar solat berjemaah. kisah seorang pemuda yang berubah kearah cinta Allah dengan mula solat berjemaah isya' dan subuh. bagaimana dia menguji diri sendiri dengan kata-kata daripada Shahih Muslim tentang apa yang terkandung dalam solat isya' dan subuh.

baca saja kisah pasal pemuda yang menjaga solat jemaah dia ni, buat aku teringat kat seorang atok merangkap jiran aku. aku panggil dia tok pak. hari-hari nampak tok pak pergi ke masjid yang jauhnya adalah dalam 5minit perjalanan kalau naik motor. 

tok pak memang pergi ke masjid naik motor pun sebab dia takde kereta. rutin harian dia memang sama setiap kali masuk waktu solat, aku akan nampak tok pak naik motor pergi masjid sebab lalu depan rumah. sebelum azan berkumandang, tok pak dah pergi ke masjid. begitulah tok pak, sebelum aku pergi asrama, balik cuti dan sekarang dah masuk universiti masih nampak tok pak begitu, pergi ke masjid menunaikan solat jemaah.

jika hari hujan, pasti tok pak pergi juga dengan payung sambil menunggang motor. 

semasa pulang cuti sekolah waktu tingkatan empat, aku nampak tok pak sudah kurang laju membawa motosikal. dan makin lama aku perhatikan, bulan ke bulan aku nampak tok pak masih ke masjid tetapi dengan keadaan yang lain. pernah sekali aku lihat tok pak membawa motor betul-betul di bahu jalan dengan begitu perlahan tidak seperti pemandu lain.

aku bertanya ibu, ibu kata, penglihatan tok pak sudah semakin kabur, dia hanya berani membawa motor di bahu jalan sahaja, dan kalau hujan dia akan berjalan kaki membawa payung. 

pulang bercuti dari pegolakan Mesir tempoh hari, aku lihat tok pak sudah tidak menunggang motor, aku bertanya lagi pada ibu kenapa hari yang cerah dan tidak hujan, tok pak masih berjalan kaki ke masjid, ibu kata, lutut tok pak sudah terlalu sakit untuk menunggang motor dan penglihatannya yang semakin teruk. bahaya untuk tok pak menunggang motor.

aku terdiam. 
lutut sakit untuk menunggang motor?
penglihatan makin teruk?
tapi masih mampu berjalan kaki selama 15 minit semata-mata mahu solat jemaah di masjid?
dan dia adalah seorang atok.

benarlah janji Allah.
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." [10;107]

Subhanallah.





2 comments:

DentroLeggerai said...

Thank kerana kongsi, rasa munasabah diri....Teringat kisah Nabi dengan seorang yang Buta. Orang buta itu bertanya kepada nabi sama ada dia boleh skip untuk bersembahyang di rumah kerana keadaanya itu. pada mulanya Baginda bagi, kemudian menarik balik lalu berkata, kalau kamu tahu fadilat dan kelebihan berjemaah, nescaya kamu akan datang walaupun dalam keadaan merangkak...semoga tok pak di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

.traCtus.soLitaris. said...

welcome. benda yang baik dihulur-hulurkan, insyaAllah manfaat untuk semua termasuk diri sendiri. thanks jugak berkongsi cerita Nabi. senang2 kongsi lagi! :)