Saturday, January 15, 2011

nak kahwin

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

sebarkan salam kepada semuaaa. sebab aku baca entry cik zahedee la buat aku bagi salam panjang-panjang ni. terima kasih ya cik zahedee sebab ingatkan aku dan orang-orang lain.

semalam kecoh la kes kak as senior taayah aku merangkap azhar dentist student nak kahwin winter break ni. haha. kecoh satu fb la. sekali. prank je. terus down. dah siap berangan nak pakai baju apa. konon.
semalam pulak aku chat dengan kawan aku. oh kawan yang mana tu. macam la korang semua kenal kan? haha. aku namakan dia lipas. boleh? maaf cik lipas.

chat punya chat, terkeluar la topik kahwin. biasalah. kata dah 20. haha. tak kurang tak lebih mesti keluar lah tajuk tu time sembang-sembang.

lipas bagi la satu ayat dekat aku.
"kematangan. at least kau sedar lagi 5-6 tahun kau akan duduk with your life partner, sehidup semati"

korang faham tak maksudnya? ayat senang nya, at least kita sedar yang kita ni akan berkahwin.

bila aku fikir-fikir balik, bila la agaknya waktu sesuai untuk aku kahwin kan.
iyelah seorang pelajar jurusan perubatan lepas tu nak kena kerja-macam-ditorture selama dua tahun. habis belajar umur 24, habis housemanship, kurang-kurang umur 26. pergh! agak-agak 26 tu muda ke tua lagi ek? fikir lagi, kalau kahwin betul-betul time habis study, kire sebelum masuk housemaship *memang itulah pun kebanyakan azam budak-budak medic kn?haha*.
macam mana pulak kalau time housemaship tu pregnant pulak. haaaaaa. dengan lari-lari kesana kesini. huiyoohhh peluh peluh mana nk jaga perut, mana nk jaga pesakit lagi.

kalau nak kahwin time study..laaaaaagi la tak boleh. bukan apa, kalau aku ni haa memang lah tak boleh. mana reti nak masak-masak, jaga rumah kemas rumah, study lagi. ape kau ingat aku robot?
lepas tu, bilanya boleh aku kahwin ni........ fening, fening, ana fening lah.

haihh tak boleh tidur jugaklah aku bila fikirkan hal ni *kata dah 20*.

*****

ini semua berkaitan jihad. kahwin semasa study atau kahwin selepas study. kalau semua orang boleh nampak apa kebaikan berjihad di jalan Allah. pasti semua orang akan buat semua perkara kebaikan walau di pandangan orang lain, ini amat membebankan.

kalau kahwin semasa belajar.
jihad kita untuk belajar dalam jurusan medik dan juga jihad kita sebagai seorang isteri. tapi jangan lah pulak bila dah kahwin tu, kau lupa pulak nak belajar. dok layan suami jah tak mejadi jihad kita sebagai seorang pelajar.  ataupun, nama ja dah kahwin, tapi tanggungjawab sebagai isteri tu, tak pulak dilakukan. belajar je tak boleh jugak. kena balance lah. syukur lah, terpilih dalam ramai-ramai, berjuang atas dua perkara. tapi untuk keredhaanNya jugak kn?

kalau kahwin habibs belajar, sebelum housemanship.
ini pulak kesnya, sibuk lah bising-bising, macam mana nanti kalau pregnant, nak bawak perut lagi, berlari-lari, maunya terberanak time tu jugak. lah! sabar la nok. kata nak jadi doktor, nak jadi mak. pilih, berhenti jadi doktor atau takmau jadi mak? ini pun dah dinamakan double jihad. jihad untuk menyambung umat nabi Muhammad s.a.w dan jihad untuk menyelamatkan nyawa umat. mana nya kau tahu, dalam kau lari-lari tu, anak kau jadi pelari pecut negara ke? atau kau laju-laju ke sana kemari tu, anak kau keluar-keluar hebat dalam menghafaz al-quran ke? tak ke creditnya pergi ke kau jugak nanti?

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
az-zariyat;56


okay okay. sebenarnya ini semua note to self lah. lagipun, sempat kah aku berkahwin? jodoh dan ajal sesungguhnya di tangan Allah.

7 comments:

AjMaL said...

kalau buat entry psl kawin ni msti dh ada calon dak? sape la org tu agaknye?

.traCtus.soLitaris. said...

hahaha. bukanlah ajmal. ini namanya random entry. terfikir sebb terbincang. boleh? haha

AjMaL said...

okeyh2..lpas ni buat yg utk real2 lak..heheh

dyetika said...

wey..amboi..u dah ade calon leh aaaaaaaaaaaa....hahahaha..kasi tau yeaa..lu nyer tarikh..hehehe

.traCtus.soLitaris. said...

kahkahkah! ape ni dye. mana calon2. haha ingat pilihanraya ke. tarikh lahir aku taw la.:P

.traCtus.soLitaris. said...

ajmal : nak yang real lagi 5 tahun,insyaAllah. :P

liyanazakaria said...

hahaha. sha. ko bukan dah de calon ke?haha