Monday, April 30, 2012

Hubungan halal haram sebelum kahwin?

Dalam ramai yang mengeluarkan isu haramnya bercouple sebelum kahwin, ada juga pendapat-pendapat yang mengetengahkan soal bukan semua couple sebelum kahwin itu adalah haram.

Mengambil kata-kata seorang blogger dan penulis buku terkenal masakini, Saudara Hilal Asyraf 'cinta hendaklah yang membawa ke syurga, apa-apa yang melempar ke neraka bukanlah cinta namanya' sebagai salah satu pendapat tentang bukan semua hubungan sebelum kahwin itu haram.

Pada saya, bukan title itu yang penting, tapi isi penting dia. Tetapi kebanyakan dari kita suka judge sesuatu berdasarkan title, baik buruk sebuah cerita, seronok atau sedih berdasarkan title itu.

Apa yang perlu dikisahkan tentang siapa dia, latar belakang dia, ataupun jika masuk ke konsep sebuah buku, siapa penulisnya. Tetapi yang lebih penting ilmu yang dikongsikan, pengajaran yang kita boleh ambil.
Walaubagaimanapun, saya masih menghormati permikiran dan pendapat yang pelbagai daripada setiap orang.

Beralih ke isi sebenar post ini, saya ingin berkongsi sebuah nasihat yang ditujukan oleh seorang kawan saya yang amat saya hormati.

Dia adalah seorang kawan yang daripada zero kepada something. Bagaimana kini dia naik menjadi seorang manusia berguna daripada seorang manusia yang teruk pada satu masa dahulu. *katanyalah, saya tak tahulah teruknya tahap macam mana*.

Dia kini juga dalam sebuah perhubungan cuma bukan hubungan biasa.haha.

''I dont know what to share, saya pun macam syabab2 diluar sana malah lebih teruk. Setakat couple, apalah sangat dosanya, saya dah capai tahap tertinggi pun dalam mengecapi nikmat maksiat semua tu. Tetapi Allah berikan hidayah selepas tu. saya pun dah taknak bagi hati ni dekat sesiapa pun, saya just nk bagi dekat Dia dan dalam perjalanan nak berjumpa si Dia, saya terjumpa sidia. Orang kata, carpool-ing tu bagus, dapat selamatkan alam sekitar, jimat minyak. So, saya pun ajak dia tumpang sekali dalam perjalanan saya tu. cumanya si dia selalu nasihat yang cinta ini patut bawa ke syurga bukan ke neraka. Jadi hadam perkara tu betul-betul, InsyaAllah tak lari dari tujuan asal. Yang penting, biar hati kamu dan pasangan berjumpa di perhentian yang dinamakan Hati Allah bukan hati kamu berjumpa di pertengahan. Akhirnya, jangan dok mencari mana la jodoh tu, nanti dia datang sendiri''.

Saya ambil nasihat ini buat saya dan sampaikan buat sahabat2 yang inginkan pada perhubungn halal sebelum kahwin.

Seeloknya kahwin terus lah kan? , tetapi nasihat ini khas buat mereka yang masih belum bersedia kearah perkahwinan, mencari seorang partner yang boleh membawa ke arah yang lebih dekat dengan Allah sekaligus mempersiapkan diri menghadapi keluarga sendiri nanti.

Taubat; selagi belum terbit matahari dari barat, selagi itu masih sempat.

Friday, March 23, 2012

hai wanita-wanitaku.

" wah bagusnya ubat ni, dia decrease kan semua benda, boleh jadi ubat kurus ni"
" ade jugak la side effect dia. diarrhea. tak lalu lah nak masuk tandas je keje"
"sebab tu la boleh jadi kurus tu".

Perbualan dengan housemates setelah selesai belajar blood in pharmacology. Seronok nya belajar ubat-ubat ni bila kita dapat tahu macam mana nak treat sesuatu penyakit tu, macam mana dia bertindak dalam badan. TAPI, still ade side effect dia. Terfikir, dah namanya ubat, kenapa perlu wujud nya kesan-kesan buruk dia?. Contoh nya, heparin. Ubat untuk jalan darah, guna dalam penyakit thromboembolic disease tapi kalau ambik lebih boleh buat thrombocytopenia ( kurang platelets dalam darah). Jadinya, kita akan bagi lepirudin yang akan treat heparin induced thrombocytopenia ni.

nampak kebaikan dan keburukan ? nampak ketidaksempurnaan yang ada walau macam mana baik sekalipun fungsi dia ? nampak fungsi benda lain untuk melengkapkan ketidakesempurnaan tu ?

Sebab itulah indahnya Islam itu kerana dia mengajar tatacara hidup bersederhana. Apa kaitan? 

Banyak artikel dan ayat-ayat belakangan ini yang saya baca tentang tugas seorang lelaki sebagai pemimpin keluarga. Ayat senangnya, jadi suami la. Kena beriman, kena belajar jadi imam, kena belajar tentang perempuan nanti senang nak tolong isteri. Fikir balik, sampai bila aku nak kahwin kalau nak tunggu lelaki yang ala-ala sempurna ni? tak saya nafikan, memang ada lelaki yang sebegini. baguslah. tapi dok kita ajar lelaki macam mana nak jadi baik. bagaimana dengan wanita? 

"Apakah kamu menyuruh orang lain supaya berbuat baik,sedangkan kamu lupa

 akan diri kamu(untuk berbuat demikian).(Al-Baqarah:44)"

Sebagai bakal makmum, perlunya seorang wanita itu juga belajar. Sebagaimana kita nak imam yang terbaik, kita belajar untuk menjadi makmum terbaik. Bukan sekadar menunggu lelaki beriman masuk meminang. Ada kala nya lelaki juga mencari bakal isteri yang boleh membantu dia disepanjang alam perkahwinan. Habis tu? sapa nak kahwin dengan kita kalau kita pun tunggang terbalik.

Imam mengetuai jemaah, makmum membantu imam. itu pusingannya. Lelaki belajar sikit, perempuan belajar sikit. sederhana. Lelaki kumpul duit, perempuan pun kumpul duit. Kalau dok kumpul sorang, sampai bila nak banyak? Pilih jalan yang mudah dan tak menyusahkan kita. Sederhana. Makan sorang2, banyak pulak tu, buat penyakit ja. Kalau tak makan, penyakit juga. nampak?

Kerana manusia itu ada buruk baiknya. ada tidak sempurnanya. dan ada yang akan saling menyempurnakan. Sebab itu lah, jodoh itu ditentukan Allah, kerana Allah lebih tahu siapa yang akan menyempurnakan siapa. Memang tiada yang akan sempurna, tapi apabila diciptakan pasangan yang saling menyempurnakan, ia akan nampak seolah-olah sempurna dan bahagia. Indahkan? Indahkan Islam?

Amalkan sifat bersederhana. Bukan mencari yang over-baik, over-kaya, over-jawatan tapi yang sebaiknya kita bersedia terima kekurangan dia. Bak kata kawan saya, " kalau aku dah dapat yang sempurna, apa yang tinggal untuk aku belajar?". 

Maaf. Ini bukan entry untuk menyuruh anda berkahwin. Tapi keperluan kita untuk sama-sama belajar dan sentiasa bersederhana untuk diri sendiri dan juga orang lain. Sederhana dalam menilai diri kita dan orang lain. Sederhana dalam melakukan apa yang terbaik untuk diri, jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Kita juga punya keburukannya.

Ada satu soalan yang diutarakan oleh follower Ustaz Mohd Izhar dekat Twitter. "ustaz, saya ni nak final exam, nak stay up, tapi saya teringin jugak nak buat tahajud. macam mana tu ustaz?". Ustaz menjawab, " sederhana adalah yang terbaik. Tahajud sekadar yang mampu lepas tu baca buku". Apabila kita punya masa untuk Allah, Allah akan melapangkan semua kerja-kerja kita.

Sederhana ; kerana engkau, hidup kini terurus.


Wednesday, January 18, 2012

Jatuh. Lihat pada gaung atau tali?

Assalamualaikum.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad-

Jujur saya katakan, saya bukan orang baru dalam belajar mengenai ilmu Islam. 11 tahun menjadi pelajar sekolah agama, setahun sebagai pelajar di tadika Islam. Tapi, hasilnya saya rasa sendiri kini. hasil yang tak seberapa, hasil yang tak setaraf dengan pelajar 11 tahun didikan agama di sekolahnya. Kenapa? Betapa perasaan cukup dengan bersekolah agama yang saya rasakan dulu, tak membawa kepada siapa saya patut jadi sekarang. Perasaan yang akhirnya, membuat saya tertunduk menangis. Menangis kerana saya ego pada Tuhan.

Masuk pada realiti dunia sebenar, melihat rakan-rakan saya yang sama umur seperjuangan mereka dengan saya, melihat bagaimana mereka bernafas sekarang, laluan sosial mereka, cara pandang dan fikir mereka. Semuanya berkisarkan At-Tauhid. Sedangkan saya?

Saya mencari kekuatan, saya bangun berdiri, yakin pada Allah yang Dia akan sentiasa membantu saya mencari balik lorong yang saya telah tutup mata untuk masuk ke dalam nya. Sedangkan lorong yang saya tinggalkan itulah lorong cahaya. Saya paksa diri untuk bangkit, saya lawan nafsu saya, kerana saya terlihat akan ayat ini,

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:53

Saya pernah merasa sebuah kemenangan dahulu, tapi akhirnya semua itu membawa saya kepada kegagalan. Gagal menjadi seorang pemenang. Tewas dengan akal dan pemikiran ego sendiri. Saya jatuh menjunam, dan jika tidak kerana Allah tarik saya semula ke atas, mungkin saya makin jauh jatuh ke dalam gaung syaitan. Cuma kadangkala, apabila Allah tarik saya semula ke atas, pegangan saya goyah, saya letih. saya penat menggenggam seurat tali yang kukuh. Saya hampir jatuh. Semula.

Saya hampir jatuh. Semula.
Saya hampir jatuh. Semula.
Saya hampir putus. Asa

Dalam keadaan saya yang hampir jatuh semula, air mata saya jatuh sekali. Saya kesal kerana saya tak kuat. Saya jerit dalam hati, "Ya Allah, tarik aku kuat lagi, Ya Allah, jangan biar aku, Ya Allah, aku tak mahu jatuh lagi, Ya Allah, aku takut".

Kekuatan itu datang semula. Merasakan kasih sayang Allah yang jatuh makin banyak atas diri. Kasih sayang dari segi nikmatnya, ujiannya, akal fikiran dan ilham dan juga kehadiran orang sekeliling yang membantu. Saya tidak hiraukan perasaan-perasaan negatif yang datang. Saya tekad pada diri, takmau kalah pada syaitan, biarpun saya terpaksa bersusah pada mulanya. Kini, saya sedang naik lagi, sedang berpaut lagi. Walau hanya naik beberapa centimetre, saya takkan benarkan diri saya jatuh lagi. Takkan sesekali-kali benarkan perasaan putus asa datang lagi. Saya sudah malu pada Dia yang sering menyelamatkan saya.

Saya mahu bina diri saya dengan kekuatan Islam, saya juga mahu rakan-rakan saya bina diri mereka dengan kekuatan Islam. Walaupun kamu baru belajar mengenai Islam, jangan sekali-kali putus asa untuk berubah, marilah sama-sama kita tegakkan panji Islam, satu-satunya agama yang diredhaiNya, kita sambung perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Saya mohon doa dari rakan-rakan.

Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan janga kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir. Yusuf ; 87.


Diri ; usah kau hilang lagi. 













Thursday, January 12, 2012

Diri dan Persoalan

Assalamualaikum.
Selama mata terbuka, dimana pandangan kita jatuhkan? Sudah cukupkah kita mensyukuri segala-galanya yang ada yang diberi Allah hanya di dalam solat kita?

Saya tertarik dengan satu status facebook yang muncul di home saya, " kita inginkan kebahagiaan, tapi kita tak minta pada Tuan Punya Bahagia". Membuat saya terfikir sejenak, sejauh mana saya menghargai kehadiran Allah dalam kehidupan seharian saya. Perasaan cukup hanya dengan melakukan solat-solat fardhu, dan perilaku wajib seorang muslim seperti berpuasa dibulan Ramadhan, membuatkan saya kesal dengan diri sendiri.

Saya tahu dan juga ingat, bahawa Allah menciptakan manusia dan makhlukNya hanyalah untuk menyembahNya dan beribadat kepadaNya, tetapi selama mana ingatan itu tetap kekal dalam urusan seharian ku? Yang apabila tiba kesedihan, saya berduka umpama Allah itu tidak menyayangi saya. Dan apabila kegembiraan itu datang, saya seolah lupa pada Allah? Dimana bukti saya beribadat kepadaNya setiap masa dan ketika jika saya sering tidak nampak Dia?

Saya tidak kesal jika diri ini tega membiarkan cinta manusia tidak kubalas, tetapi saya cukup marah jika saya sanggup membiarkan cinta Allah tidak berjawab. Allah bukan sahaja cintakanku, tetapi Dia juga mencintai ibubapaku, adik-adikku, sanak saudaraku, rakan-rakanku yang jauh yang dekat, guru-guruku, bahkan Dia juga mencintai mereka yang langsung tiada pertalian darah denganku. Siapa sahaja yang mampu berbuat begitu? Egolah diri jika masih tidak cinta pada Dia.

Allah Maha Pengasih, andai diri ini terlalu jauh meninggalkan akhiratMu, tariklah aku. Biar aku tahu,akhirat adalah tempat kembaliku.
Allah Yang Penyayang, andai diri ini terlalu asyik dengan duniaMu, sedarkan aku. Biar aku tahu, dunia hanya tempat singgahku.

Cinta; biarlah kau terkabur pasir manusia, tapi bukan cahaya Dia.