Sunday, June 20, 2010

taktau nak letak tajuk apa.

kadang kadang kita memang tak mengharapkan balasan
dari apa yang kita bagi kepada seseorang
tak kira lah, duit ke, barang kemas, pensel, malah heater ataupun
sakonah.
paling jiwang pun, bagi hati kat seseorang..
mesti akan ada cakap...
derma hati ke memberi hati..
eh kau!
sama je lah dua perkataan tu..
dan bila aku tenung dalam2.ya memang aku hanya mampu
tenung aku memang takda bakat dalam tenun..
rupa rupanya maksud derma hati dan memberi hati adalah berbeza
derma hati adalah satu perbuatan yang mulia.contohnya,
jiran saya ada masalah hati, hatinya kecut tidak mahu kembang2.
maaf saya tak tahu istilah doktornya.
sebab saya malas belajar duduk rumah goyang kaki, makan yogurt.
jadi nya, anak kepada jiran saya nak dermakan hati dia.
katanya dalam nada sungguh sedih." biarlah, bapak hidup dengan degupan jantung saya"
eh, tadi hati sekarang jantung.mana satu yang kamu nak dermakan ni anak?
bapaknya bertanya.habislah definisi derma hati.
untuk memberi hati pulak maksudnya, bagi hati ayam kat tukang masak
suruh masak sambal kicap.oh, adakah resepi sambal kicap?
maaf.melalut.memberi hati maksudnya, kita suka kat seseorang.
saya pun tak pasti maksud sebenar.
inilah jawapan yang saya dapat bila tanya selak kamus oxford tadi.

hakikatnya,
biarlah sejauh mana kita menyintai seseorang dlam diam
walau disudut hati kecil berkata
"balas lah cinta aku!.eee memang tak prihatin"
tapi sudut hati yang besar berkata
"biarlah dia, aku tak mengharapkan balasan kerana aku tahu, jodoh itu ditangan tuhan
dan perasaan tak boleh dipaksa"

enjoy your study and life,peeps!

ps: tah ape la entry kali ni.sorry.tulis time bosan mmg lah jawapannya makan
nasi goreng daging tanpa bubuh garam.ah, apa kaitan lagi.
ok2lah.setop entry di sini.

Friday, June 18, 2010

entry yang panjang...

haaa.kali ini entry aku tentang kenangan aku.tentang kawan2 aku time sekolah rendah.aku ada dua sekolah rendah, sekolah pertama tu dekat ulu kinta, dari darjah satu sampai dua!ahaha.aku tak tau lah kenangan apa kat situ, yang aku ingat ada bas jual macam2 makanan..sebab aku adalah regular customer, masa darjah satu aku otai, baling2 kertas kat kelas sebelah.haha.sebab time tak pakai dinding pakai blackboard yang ada roda tu.hahaha.cantik kn?.aku memang suka baling2 kertas ke kelas sebelah.tak tahu kenapa,itu kat sekolah lama.masuk darjah dua, kena pindah tempat baru, bengang aku..banyak betol anjing.ceh!..time tu jugaklah aku dapat award, pastu aku pun pindah sekolah,teeeheeee.
masuk darjah tiga, aku pun pindah lah ke seri al-ummah, sampai darjah enam.aku ingat lagi.wajib puasa tahun tiga tu, sekolah suruh.heheh.aku ngadu kat ayah aku.tanak puasa.pastu ayah aku kata, nnt ayah aku datang time rehat!.ahahaha...best kan?heheh.aku nampak je kereta ayah aku.terus lari, makan roti dengan air kotak kat dalam.bila habis makan.aku masuk kelas....muka kenyang!heheeh.

time darjah 4, aku kena jadi pengawas.time tu kelas lelaki perempuan asing.tapi sebelah2.ahaha.lawak kan.nak sembang, sembang kat pintu.heheh.tp aku tak kenal sangat dengan boys time tu, iyelah baru setahun kat situ.ade aku kesah?heheh.yang paling aku ingat, headmaster aku.masuk2 kelas.."number one......"hoh.!..dier suruh spelling.spelling je keje.kecut perut la sapa yang xready.aku la tu!hahaha

darjah lima pulak, aku jadi penolong pengawas 2..masa tu banyak betul ada 4 orang pen.pengawas.sampai aku tak ingat sapa ketua pengawas dia.ahaha.sori cek abang ye.darjah 5 ni la macam2 ada.ada dua kelas, satu atas satu bawah.maksud aku, satu kt tingkat atas, satu kat tingkat bawah.aku dapat kelas kat tingkat bawah.5 Adil.aku ingat lagi guru kelas dia.cikgu azila.dia ada adek, sekelas dengan aku jugak.*kawan2 ingt cikgu tu lagi???*hehe.masa drjah 5 ni, aktif gak nasyid, tapi aku boleh masuk sekali je, sebab ayah aku tak kasi.hoho.sedeh sangat.tapi buat rileks je kan.darjah 5 ni jugaklah aku penah belasah sorang budak laki kelas aku.aku bengan betol.lelaki memang selalu berlagak diorang ni kuat.elleh! kitorang dah memang tahu korang kuat tapi tak payah lah berlagak.aku memang hangin lah.time tu.aku terus belasah, tendang ah tempat paling sensitif.terkilan dia.memang dia tak berlagak dah lepas tu.terus jadi baik ngan aku.ahahah.*nama dirahsiakan*.yang pastinya tak jumpa lagi di fb.heheh

oklah.darjah 6.hahaha.memang kenangan manis aku tahun ni.dan kalau sesapa tanya tahun mana yang aku teringin nak ulang, ialah tahun 2003.kenapa?sebab aku nak lah!.hahaha.aku ingat lagi tentang histeria, tentang main getah2 dalam kelas.cikgu kelas nama cikgu halijah.sayang sangat dengan.aku inagt lagi, time tu bulan 9, kita semua nak upsr dah.tetiba cikgu2 kita banyak kene tarik pergi sekolah biasa termasuk cikgu halijah.sedeh kan?nangis ramai2 dalam kelas.ada sorang tu, aku ingat dia dah cukup kuat, rupa2nya, cikgu keluar je kelas, dia terus sepak loker.ceh!sedeh sangat.

ok.kat bawah ni.jejak2 kasih aku kat fb.seronok sangat jumpa diorang.tapi diorang suka sangat plan nak kelluar.tension mak!.jadi aku terpaksa deactivate fb sebab taknak tengok diorang sembang tantang plan keluar dia lagi.heheheh.*tipu je*


ini fathur.fathur ridha.unik kan nama dia?dia ni student baik.tak macam aku.patahkan pokok herba.sebab susah nk lari.
ahahaha.heee.fathur, dulu tak rapat pun dengan dia.tp sekelas.sebab darjah 6 ada satu kelas je.hehe
ini eja*nama bushuk2*.dia sekolah sampai darjah 5 ja dengan aku sbb dia kata. dia jeles tengok aku dulu comel sangat.
wahahahaha.sori eja.dia ada kat mesir dengan aku.umah bawah aku je pun.tiru.hehe..
zulfa!..best friend aku dulu nie..see the name lah.haha.pnh gaduh teruk ngan dia.pastu, nak elok balik.
dia duduk tepi pintu time tu,aku terkejut kan dia!ahaha.dah kawan balik!
jihan, dulu panggil dia yan...pnh pegi rumah dier..joli2..heeee
eh, mcm mana boleh ada pakcik nie???yang kiri tu. sebaya..tapi tak sekelas sbb pandai melampau..orang panggil dia syed.
tp aku panggil paklong.heheh
shima!..hehe..suka tgk dia nie..pnh dtg sekolah aku taw! suka suka suka...
sazreen.nama manja a-en!awww~~!haha...ape nk cerita tentang kau ek aen???hehe..such a nice friend..
nadzirah....tak penah aku lupa yang dia nie duduk kt taman bahagia..
ini liyana.twin aku.hehe.yg hijau tu ye..dulu suka lepak rumah dia, sbb dgn ngn sekolah..main mercun lebah kene pokok.
ahahaha.sumpah tak main dah lepas tu..
ini izzat.nak ckp apa tentang dia? satu sekolah dengan aku dari darjah satu.tapi drjah 5 baru tahu.ahahah
kerek.dia teykong a.k.a solo nasyid sekolah dulu.bila dia tarik suara, muka merah mcm cili.ahahahah
izzah!..aku rasa aku selalu buli dia ni dulu.hahaha.izzah, sorry ye..aku ingt kau, tetiba kau muncul
dengan wajah yang baru.terkejut omak!..tp kau comel!.heheh
illiyana.dia dah hebat sekarang.aku mesti ingat dia ni selalu dengan adik dia,imran.hehehe
suka sangat bila jumpa dia kat fb...hehee
ini haizal.dulu dia pengawas,tapi....*ok haizal aku tak cerita*....hehe..bila sembang ngn mamat ni.suka paksa aku kata
dia hensem.tapi aku tak boleh tipu.hahaha.last2 aku cakap jugak sebab dia dapat pointer 4 baru2 ni.
*apa kaitan pointer dengan hensem?*ahaha
fatimah.hehe.comel kan? time exam mesti contact2.pmr, bincang tentang geografi.i ingt lagi.bila nk trial spm,
sama2 study dengan dia, shima, ezam and asyraff kat library tun razak...
ini ezam.selalu lawan ketinggian dengan dia.sampai satu saat aku kalah.tah kenapa tinggi aku dah tak naik.hoh.
ketua pengawas dulu ni.seram kan.tgk muka la.ahahahaha.ok2 tak.ada dimple tajam, boleh potong
tembikai...
ini epoi*bukan nama dalam ic*. sepupu dia aulia.satu sekolah jugak kot kt serati.tah.jumpa balik
dengan dia time keje kat seri, before ambik result spm.aku jeles dengan dia sebab lepak je
dalam bilik buku.tapi bila tang gaji.dia pulak jeles dengan aku.ahahahah.epoi, mana alif???
ekmal. dia kata dia pemalu.hahaha.tapi aku tak percaya.hohoho.dia suka membebel.aku mintak jadi mak angkat
dia refuse.ahahaha.
dulu dia ni.kecik betol...ahaha..sekarang dah melangit.nama dia daim variants*nama fb*heheheh
ct!!!!!!.tetibe byk tanda seru...yang aku ingt dia ni dulu, pengawas perpustakaan.kawan rapat dengan
wan aisyah.heheh.sama2 badan kecik je...
ini azlina.dia ni tinggi betol.ceh.dapat kawan baik pun tinggi macam dia jugak.anis.
tapi bukan tanda diskriminasi ye kawan2.
haa! aulia..sepupu epoi tu.satu sekolah dengan aku dari darjah 1-form3, pastu dia pindah ke
MRSM taiping.sedeh.sobsobsob.jumpa balik bila kerja kat seri, sama2 jadi cikgu.heheh.tapi dia best lagi.ada meja guru.
aku takda, sbb aku guru yang malas.ahak!
anis.kawan baik azlina.kan aku dah cakap,tinggi.huhu.cantik kan dia.
anis, kahwin dengan TJ..bila aku balik malaysia ye...kita resepsi sama2.ahahahah
ini alliyana.birthday dia memang aku ingt, sebab satu tarikh dengan merdeka.tp aku rasa aku belum wish
lagi 5 tahun lepas punye.heheh.sekarang ambik stp kat sis.dulu sekolah idrisiah.

ok.love you all.miss you all.ape lagi tah.korang jangan lupa aku!
ada yang tertinggal ke?maaf lah.



ps: gigih tak aku bubuh satu2 gambar korang.sila tinggalkan komen ye!






Wednesday, June 16, 2010

wake up..!

emm..
how many people are aware that he needed in the world by others..
who know somtimes people need someone even do not know...
the number of people who care about the people who are ill need her side..

as Allah said in the Quran..
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikkan atau menyembunyikannya atau memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), Sesungguhnya Allah adalah maha pemaaf, lagi maha kuasa". (Surah An-Nisa: Ayat 149)

the nurse took the tired, anxious serviceman to the bedside..
"ur son is here," she said to the old man.
she had to repeat the words several times before the patient's eyes opened..
heavily sedated because the pain of his heart attack, he dimly saw the young uniformed.
Hakim standing outside the outside the oxygen tent. he reached out his hand. he wrapped his toughened fingers around the old man's limp ones, squeezing a massage of love and encouragement..

the nurse brought a chair so that Hakim could sit beside the bed. all through the night, Hakim sat there in the poorly lighted ward, holding the old man's hand and offering him words of love and strength. occasionally, the nurse suggested Hakim to move away and rest awhile.
he refused.

whenever the nurses came into the ward, he was oblivious of her and the night noises of the hospital- the clanking of oxygen tank, the laughter of the night staff members exchanging greetings, the cries, laughter and moan of other patients.
now and then she heard him say a few gentle words. the dying old man, said nothing. only held tightly to his son all through the night.
along towards dawn, the old man died. Hakim released the now lifeless hand he had been holding and went to tell the nurse. while she did what she had to do, he waited.

finally, she returned. she started to offer a words of sympathy, but Hakim interrupted her.
"who was the man?". Hakim asked.
"he was your father." the nurse answered.
"no, he wasnt. i never saw him before in my life". Hakim replied.
"then why you didnt say something when i took you to him?"
" i knew right away that there had been a mistake, but i also knew he needed his son, and his son just wasnt here. when i realized that he was too sick to tell whether or not i was his son, knowing how much he needed me, i STAYED."

:: the next time someone needs you...just be there.stay.whoever s/he is.because..when the time being..maybe u need someone to be with u::

ps: belakangan ni, ramai tanya maksud 'kimeina'.^___^



Tuesday, June 15, 2010

be my nestle coffee-mate?


intan...sabar ye sayang..Allah kan ada..
kita letak lah segala kepercayaan kepadaNYa..
pasti ada hikmah semua ini, tan..
tan...
kita sama2 ya...
sama2 rasa pahit manis perjuangan ini..
kongsilah,
aku sedia mendengar pahit manisnye..
maafkan aku,
aku seolah tak endah dengan keadaan kau
sekarang..
aku sayang kau..
percayalah..
aku datang rumah kau tadi..
aku nak peluk kau..
sebab tadi, masa kau nangis kat bilik aku..
aku just peluk sisi kau je..
tan,
aku tahu kau kuat..
Allah kan ada...
Dia pasti merancang yang lebih baik untuk kau..
kita sama2 percaya Allah itu lebih tahu apa yang terbaik,kan?
intan,
kita kongsi ye..
kalau kita pernah nangis sama2 dulu sebab kau nak pindah
tak mustahil,
kita akan nangis lagi sama2..
atas alasan yang Allah sahaja tahu buat masa ini.
intan,
aku nak kau senyum sekali je...
aku nak tahu yang kau kuat..
kau boleh..
intan,
kita merancang, Allah juga merancang
tapi
Allah sebaik-baik perancang..
sha sayang intan...^___^


ps: apa kaitan tajuk tu??haih=__=''

Monday, June 14, 2010

be positive!

sekadar mahu memperkenalkan signature
makin hari makin sayang pada blog.

pesanan ringkas buat diri dan kawan kawan
yang sedih dengan our previous paper
"bila dirimu perlukan kekasih
maka pilihlah Allah.
bila kamu perlukan teman
maka pilihlah Al-quran,
dan
bila kamu perlukan sokongan
maka BERTAWAKKAL lah kepada Allah
dengan sepenuh hati"

Tuesday, June 8, 2010

inspiration..


The
only way to get what you really want, is to know what you really want.
And the only way to know what you really want, is to know yourself.
And the only way to know yourself, is to be yourself.
And the only way to be yourself is to listen to your
heart.

ps: takde pesanan.:P

Friday, June 4, 2010

saya ditag lagi...

ok.di tag oleh adinda intan syafinaz.
mahu cerita tentang saya.23 tentang saya.
fiuh.....banyaktu mek!..ape yg kau tak tahu tentang aku haa tan..=.=!

1.saya sedang belajar physiology sekarang.br 30 minit, cabut.

2.saya tak suka apa2 berkaitan hantu.sekian harap maklum.

3.saya suka aiskrim.saya tahu aiskrim boleh asthmakan saya balik.tapi, saya ada ubat.*heheh, ibu, jangan marah ye*

4.sudah stuck.apa lagi yang nak ditulis.

5. cucu perempuan kesayangan opah.kerana ada abang2 saudara saja dan seorang kakak saudara yang jarang balik kampung*selalu rindu*

6. mempunyai 1 nenek, 1 opah, 1 atuk, 3 adik lelaki, 1 adik perempuan, 19mak saudara, 18 bapa saudara, berpuluh puluh sepupu.

7. tak suka makan bawang dan makanan manis.boleh muntah.wekkk!

8. ada 1 tadika, 2 sekolah rendah, satu sekolah menengah, 2 tempat kerja, 1 university.

9. pernah berhadapan dengan pesakit H1N1.ngeri.

10. aku digelakkn sebab pakai mask semasa kerja di klinik.dan digelakkan oleh pesakit.ceh!sangat tak masuk akal kan?

11. saya admire doktor muhammad.selepas berhenti kerja.ayat "do your very best" sangat menjadi igauan hati.*ok.doktor tu dah kahwin*

12. saya suka subjek add math, math and chemistry...mereka seolah olah ubat ketika saya demam.

13. dapat offer ke matrik kuala nerang,kedah dan UNIMAP dalam course mechatronic engineering.pack barang untuk pergi, akhirnya di zagazig kita bertemu.:)

14. ustaz datang nak hntr beras dan baiki paip rumah.

15. housmate saya ada 6, roomate 1, classmate 56.

16. di tangga yang ke-16.apa lagi mahu tulis?

17. ini blog saya.

18. saya anak sulung.tapi saya tahu.ramai yang tak percaya.

19. sedang chatting dengan kawan di cairo.

20. rindu family, nak raya dengan keluarga tahun nie.insyaAllah.

21. ok.lagi dua untuk habiskan.

22. nenek suka bagi tambah duit raya senyap2 kat saya.*cucu kesayangan nenek jugak*

23.habis!dan sangat gembira!

mahu tag....
syed putra iqmal.sahaja.

sekian.

ps: mood nk buat tag!........

Tuesday, June 1, 2010

anda ada duit banyak tak??

sapa yang tak nak duit?angkat tangan!
woh!..takda sapa pun angkat.memang mata duit-duit betul.ceh.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.;" Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat di manjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, “ Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “ Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw.bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. (H.R. Tirmizi)

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi-petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tidak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan di hiasi dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada,maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad SAW mengatakan, “ keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita ”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT. Sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, “ seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua. Sehinggalah ia di masukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi disaat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Sekiranya berlebihan gunakan untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak.

Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

sumber:kpipm64

ps: sapa nak duit!