Sunday, June 20, 2010

taktau nak letak tajuk apa.

kadang kadang kita memang tak mengharapkan balasan
dari apa yang kita bagi kepada seseorang
tak kira lah, duit ke, barang kemas, pensel, malah heater ataupun
sakonah.
paling jiwang pun, bagi hati kat seseorang..
mesti akan ada cakap...
derma hati ke memberi hati..
eh kau!
sama je lah dua perkataan tu..
dan bila aku tenung dalam2.ya memang aku hanya mampu
tenung aku memang takda bakat dalam tenun..
rupa rupanya maksud derma hati dan memberi hati adalah berbeza
derma hati adalah satu perbuatan yang mulia.contohnya,
jiran saya ada masalah hati, hatinya kecut tidak mahu kembang2.
maaf saya tak tahu istilah doktornya.
sebab saya malas belajar duduk rumah goyang kaki, makan yogurt.
jadi nya, anak kepada jiran saya nak dermakan hati dia.
katanya dalam nada sungguh sedih." biarlah, bapak hidup dengan degupan jantung saya"
eh, tadi hati sekarang jantung.mana satu yang kamu nak dermakan ni anak?
bapaknya bertanya.habislah definisi derma hati.
untuk memberi hati pulak maksudnya, bagi hati ayam kat tukang masak
suruh masak sambal kicap.oh, adakah resepi sambal kicap?
maaf.melalut.memberi hati maksudnya, kita suka kat seseorang.
saya pun tak pasti maksud sebenar.
inilah jawapan yang saya dapat bila tanya selak kamus oxford tadi.

hakikatnya,
biarlah sejauh mana kita menyintai seseorang dlam diam
walau disudut hati kecil berkata
"balas lah cinta aku!.eee memang tak prihatin"
tapi sudut hati yang besar berkata
"biarlah dia, aku tak mengharapkan balasan kerana aku tahu, jodoh itu ditangan tuhan
dan perasaan tak boleh dipaksa"

enjoy your study and life,peeps!

ps: tah ape la entry kali ni.sorry.tulis time bosan mmg lah jawapannya makan
nasi goreng daging tanpa bubuh garam.ah, apa kaitan lagi.
ok2lah.setop entry di sini.

No comments: