hari ini, 16 Mei 2010, sambutan hari guru serata negara. genap lah setahun dua bulan aku berhenti dari berkhidmat untuk anak-anak penyambung warisan.bia diingat balik, banyak duka dari sukanya..:)
keadaan anak-anak murid sekarang, pening nya kepala, pernah aku ambil cuti emergency sebab terlalu penat, tapi sehari saja sebab, aku tahu aku rindu anak-anak itu walau kerenah nya, sangat mendidihkan darah aku..
4 mata pelajaran yang aku kena ajar,cukup menguji minda aku.iyelah, sudah 5 tahun tinggalkan alam sekolah rendah, mahu saja ambil tution demi anak murid kesayangan. Bahasa Arab, English, Bahasa Melayu dan PJK.
paling menguji ketahanan dan kesabaran aku, bila ditempatkn di sebuah kelas paling top dan paling lemah. pemikiran yang berbeza walaupun kelas top itu adalah kelas darjah 1 dan kelas yang lemah itu adalah keas darjah 2. Paling aku tidak boleh lupa, seorang anak ku yg mempunyai masalah di otak. khabarnya, semasa didalam kandungan, menghadapi hentakan.
keadaan biasa, ketika dalam kelas murid akan meminta izin guru untuk ke tandas.tapi tidak bagi dia..
"cikgu, saya nak keluar cikgu"
"kamu nak kemana"
"saya nak pergi main, bye cikgu"
tak sempat mahu menghalang, dia sudah berlari tanpa kasut ke tengah padang.
hanya menggeleng kepala kerana jika aku keluar dari kelas itu pasti satu kelas akan berlari keluar juga..."hai, anak-anak ini"
pertama kalinya aku mengajar di kelas lemah tersebut yang aku namakan kelas A.
"cikgu, cikgu ini perempuan kan?"
"cikgu, kami tak nak belajar la cikgu"
"cikgu, tengok dia, dia nak ngorat saya"
"cikgu, cikgu tahu tak dia suka sape"
"cikgu, cikgu dah kahwin?"
"cikgu,anak cikgu dah berapa?"
hai..anak-anak ini, itu baru muqadimah mereka, paling tepat sambutan mereka terhadap kedatangan aku.*cewah*
ini pula situasi pertama didalam kelas paling top yang aku namakan kelas 1, biasalah hari pertama persekolahan bagi tahun 1, sudah tentunya menangis sajooorrkkkk....ponin!
"cikgu, cikgu nak ajar kami apa"
"cikgu, nama cikgu apa"
"cikgu, bila kami nak dapat buku"
paling aku tak boleh lupa, pada hari pertama itu,
"cikgu, dia ber*k dalam seluar!!!"
gulp!..hambek kau sha...!terus saja aku berlari mendapatkan cikgu yang bertugas pada hari itu..^__^
bukan senang mahu menjadi seorang guru, percakapan kena jaga, tingkah laku kena berhati, tambah tambah lagi yang mengajar di sekolah rendah, satu hari anak-anak lihat kita.*credit kepada sekolah aku ni, 9jam disekolah kerana sesi pembelajaran dari pukul 8pg-5ptg*
pengalaman berlari mengejar anak murid, menangis kerana anak murid,dan mendapat hadiah dari anak murid, takkan aku lupakan.pernah aku ditugaskan, membawa seorang anak murid yang br turun dr Amerika, bayangkan sepatah bahasa melayu pun dia tidak tahu.
"miss, i want to go to the toilet"
"ok, follow me,darling"
dia terus keluarkan segulung tisu tandas dari beg!..terkejut omak kau!..
"isra, we wash using water".tersenyum.
bila tiba hari guru, hati dipagut rasa sayu, tak sempat untuk meraikan hari guru bersama mereka, walaupun banyak pahit dari manisnya ketika mengajar di sana.
firman Allah Ta’ala,
“... Katakanlah: ‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’...” [Az-Zumar: 9]
ps: lepas berhenti, kerja di klinik pula!..^________^
4 comments:
selamat pagi cikguuuuu!!!!!!!!!hahaha..cikgu kak pah kite nie..tatotnyerrr..
hahahah!..tgn aku takde rotan la...
mana aci jadi cikgu dapat RM300..orang dapat RM150 je...T_T
shhhhhhhh.itu maslaah sekolah!..tak boleh dibawak keluar!.hahahah
Post a Comment